Wednesday 20 January 2016

Perjumpaan Pertama 2016

Perjumpaan pertama telah diadakan pada hari ini 20 Januari 2016, bertempat di Kelas 4 Cemerlang.
 Aktiviti hari pada ini ialah pemilihan AJK dan taklimat tentang penyediaan buku log ahli persatuan. Semua ahli diminta menyediakan sebuah buku log berkulit keras. Muka hadapan perlu dilengkapkan dengan nama persatuan dan nama ahli yang memiliki buku log tersebut. Ahli-ahli diminta memuatkan biodata diri masing-masing pada helaian pertama buku log. Pertandingan buku log terbaik akan diadakan dan ahli-ahli diminta menyediakan buku log dengan sebaik mungkin. Buku log mestilah lengkap, kemas dan menarik. Ahli-ahli juga diingatkan agar membawa buku log setiap kali perjumpaan ini diadakan.

Berikut adalah beberapa keping gambar aktiviti di sepanjang perjumpaan pada hari ini.





No comments:

Post a Comment