Thursday 5 March 2015

Aktiviti 4 Mac 2015

Hari: Rabu
Tarikh: 4 Mac 2015
Aktiviti: Membina pembayang pantun.
Objektif: Ahli mampu membina pembayang pantun yang bermakna secara terbimbing.
Impak: Aktiviti akan diteruskan pada perjumpaan berikutnya di mana murid akan mempersembahkan pantun masing-masing yang telah dilengkapi pembayang.

Bahan aktiviti:





Friday 30 January 2015

Persaraan PK Kokurikulum

Pada hari ini, 30 Januari 2015, SK Sungai Rokam mencatatkan sebuah peristiwa penting dengan bersaranya PK Kokurikulum yang dihormati lagi banyak berjasa. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Ab Rahman bin Ariffin. 





Wednesday 14 January 2015

Perancangan Aktiviti Persatuan

Beberapa aktiviti telah disenaraikan dan akan cuba dijalankan dengan sebaik mungkin pada tahun ini. Semoga murid-murid dapat memberikan kerjasama dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Berikut adalah aktiviti-aktiviti tersebut:

  1. Kuiz/Permainan Bahasa
  2. Pantun (mengarang pembayang bagi pantun berdasarkan maksud)
  3. Mengujarkan Pantun
  4. Bicara Berirama
  5. Melukis Komik dengan Dialog Ringkas
  6. Lakonan Sketsa
  7. Menonton Video Persembahan Bercerita dan Bicara Irama di saluran Youtube

Guru-guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu SKSR bagi 2015

Guru-guru penasihat bagi persatuan ini masih sama seperti tahun lepas cuma Puan Rokiah Shaari sahaja yang tiada dalam senarai kerana beliau telah bertukar ke negeri kelahirannya, Kedah Darul Aman. Empat orang Guru Penasihat yang akan menerajui persatuan ini sekali lagi pada tahun ini ialah

  • Puan Norazlin binti Mohd Rusdin (Pengurus)
  • Puan Zaharatul Aini binti Khalid
  • Puan Zulaina binti Awang
  • Encik Edirizal bin Yahya
  • Encik Anuar Junaidi bin Md Isa