Monday 4 January 2016

Perancangan Strategik 2016-2020

Cadangan perancangan strategik Persatuan Bahasa Melayu SKSR bagi Tahun 2016-2020


PENDAHULUAN
            Gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, berasaskan lanjutan daripada pembelajaran di bilik darjah.   Ini bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran.   Gerak kerja kokurikulum adalah sangat penting kerana ia menyediakan pengalaman yang menyeluruh di sekolah bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial, fizikal dan rohani murid-murid. 
MATLAMAT

            Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai satu kegiatan yang disertai oleh semua anak didik di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang terancang supaya dapat membawa keseronokan, memberi peluang berinteraksi dan memenuhi masa lapang dengan berfaedah serta memupuk semangant kesukanan, kerjasama yang tinggi, bertanggungjawab dan berkemampuan memberi sumbangan mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. 

                A.SWOT
KEKUATAN (S)
KELEMAHAAN  (W)
S1 Guru Penasihat Persatuan  sangat komited  dan kreatif.

S2 Guru-guru Persatuan Bahasa mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam melaksanakan aktiviti persatuan.

S3 Pihak pentadbir sentiasa memberi kerjasama serta  memberi ruang secukupnya bagi guru-guru menjalankan aktiviti.

S4 Semua ahli persatuan  mempunyai minat terhadap  aktiviti yang dijalankan.

S5 Semua ahli persatuan boleh menulis dan bertutur dalam  bahasa Melayu dengan baik

S1 Kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar.   Kebanyakan mereka tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa.

S2 Tidak mempunyai ruang atau tempat yang lebih selesa  untuk menjalankan aktiviti persatuan.

S3 Sukar melaksanakan aktiviti persatuan yang memerlukan kemudahan ICT kerana kemudahan yang terhad.

S4 Cabaran untuk mencetuskan minat para pelajar terhadap  aktiviti persatuan seperti berpantun, bersyair, sketsa dll.

S5 Kebanyakan pelajar mempunyai keyakinan diri yang amat  rendah dan perasaan malu yang menebal untuk mempamerkan bakat basing-masing.

S6  Terdapat segelintir ahli yang menyertai persatuan hanya sekadar menjadi ahli pasif.

PELUANG ( O )
CABARAN/ANCAMAN ( T )
      01    Persatuan bahasa telah berkolaborasi dengan Panitia lain dalam melaksanakan pelbagai program

     02    Ahli Persatuan berpeluang untuk merebut peluang menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

     03    Pihak pentadbir turut memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan bahasa.

     
T1  Pelajar menjadikan aktiviti persatuan sebagai satu medan sekadar untuk berseronok.

T2  Kesuntukan masa untuk melaksanakan program atau berlatih kerana jadual persekolahan yang agak padat.

 T3  Kesukaran guru untuk melibatkan lebih ramai pelajar dalam aktiviti-aktiviti persatuan kerana sikap pasif, malu dan tiada keyakinan dalam diri pelajar.

PELAN STRATEGIK PERSATUAN BAHASA MELAYU 2016 - 2020

ANALISIS SWOT


ISU STRATEGIK

MATLAMAT STRATEGIK
Ø     Persatuan Bahasa Melayu mensasarkan untuk menarik lebih ramai murid menjadi ahli persatuan.

Ø    Fokus dalam memperkaya dan menghidupkan khazanah budaya  seperti  bersyair, berpantun, seloka, sajak dan lain-lain.
 Ø    Melibatkan lebih ramai pelajar yang berketrampilan dan berani mempamerkan bakat masding-masing di hadapan khalayak.

 Ø    Menjadikan  Persatuan Bahasa  Melayu sebagai  wadah untuk berkarya serta alat yang dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

OBJEKTIF


Ø    Membantu pelajar meningkatkan kemahiran  berbahasa  sama ada dari aspek tulisan mahupun lisan.

Ø    Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.





RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
                                            
Perjumpaan
Topik/Program
Objektif
Aktiviti
Alat/Bahan/Catatan
1
Pendaftaran, su-aikenal  dan tak-limat mengenai persatuan
Pada akhir per-jumpaan, pelajar-pelajar dapat:
1.     Mendaftarkan keahlian.
2.     Mengenali guru penasihat dan AJK.
3.     Membaca minit mesyuarat a-gung lalu.
1.     Pendaftaran semula ahli lama.
2.     Pendaftaran diri ahli-ahli baru .
3.     Memperkenalkan guru-guru penasihat dan AJK kelab.
4.     Membentangkan kepada ahli tentang isi kandungan minit mesyuarat agung lalu.
5.     Membacakan perlembagaan  kelab kepada ahli.
6.     Memaklumkan kadar yuran yang perlu dibayar oleh setiap ahli berdasaran minit mesyuarat agung yang lalu.
1.     Borang keahlian.
2.     Buku rekod ke-hadiran kokuri-kulum.
3.     Perlembagaan kelab.

2
Kemahiran me-ngendalikan me-syuarat
Pada akhir per-jumpaan, pelajar-pelajar dapat:
1.     Mengendalikan minit mesyuarat agung dan mesyuarat AJK.
1.     Pelajar-pelajar diajar mengendalikan satu mesyuarat agung dengan betul.
2.     Pelajar-pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghasilkan satu minit mesyuarat agung dan mesyuarat AJK mengikut format yang sebenarnya.
3.     Membincangkan tentang perlembagaan persatuan.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.

3
Kemahiran me-nulis laporan
Pada akhir per-jumpaan, pelajar-pelajar dapat:
1.      Menghasilkan laporan aktiviti secara bertulis dan lisan yang betul.
1.     Memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar cara-cara menulis laporan aktiviti dengan betul.
2.     Membimbing pelajar-pelajar untuk laporan secara lisan menggunakan laras bahasa yang betul.
3.     Membincangkan apakah kesalahan yang biasa dilakukan oleh individu yang melaporkan sesuatu aktiviti.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.

4
Menghasilkan esei ilmiah
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Menghasil-kan esei ilmiah yang baik dan berkualiti.
2.     Mengenal pasti bakat sendiri da-lam bidang penulisan esei.
1.     Membimbing pelajar-pelajar menulis esei berdasarkan isu semasa.
2.     Menghasilkan esei yang layak disiarkan oleh media cetak dan menyertai sebarang pertandingan.
3.     Menghasilkan esei yang layak dimuatkan dalam majalah sekolah.
4.     Pelajar-pelajar juga digalakkan menyertai pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh pihak luar dengan menjadikan perjumpaan ini sebagai masa untuk menulis dan mengasah bakat.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

5
Pengucapan awam
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Berucap dengan baik di hadapan orang ramai.    
2.     Menjadi pengacara sesuatu majlis dengan berkesan.
3.     Mengenalpasti bakat sendiri da-lam bidang pengucapan awam dan pengacaraan.
1.     Membimbing pelajar agar dapat memberi ucapan dan laporan  di hadapan orang ramai dengan menekankan kepada:-
      -   Laras bahasa
     -  Kosa  kata yang sesuai
       -   Kata hadap dan kata penutup
       -   Menjaga tertib dari segi
        tingkah laku dan perkataan
      -    Mengenalpasti khalayak      sebelum  memulakan ucapan
-     -   Menyediakan teks ucapan
       Nada suara dan sebutan
2.     Pelajar-pelajar dikehendaki mempraktikkan apa yang telah dipelajari di hadapan rakan-ra-kan.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

6
Berpidato dan berhujah
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Berpidato dan berhujah di hada-pan orang ramai.
2.     Mengenal-pasti bakat sendiri da-lam bidang pidato.
1.     Membimbing pelajar-pelajar berpidato di hadapan khalayak dengan menitik beratkan as-pek-aspek berikut:-
-       Tema/tajuk
-       Tujuan
-       Bahasa (laras bahasa, ko-sa kasta, intonasi, susunan isi, kata hadap, kesimpulan / penutup dsb.)
2.     Pelajar-pelajar diminta berpida-to di hadapan rakan-rakan se-cara:-
-       Ditentukan tema/tajuk se-belum memulakan pidato
-       Dilakukan secara spontan
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

7
Menghasilkan cerpen
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Menghasilkan satu cerpen menurut kreativiti mereka sendiri.
2.     Mengenalpasti bakat sendiri da-lam penulisan cerpen.
1.     Pelajar-pelajar diajar menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan oleh guru atau murid sendiri.
2.     Cerpen yang dihasilkan diharapkan sesuai untuk disiarkan dalam mana-mana penerbitan  dalam pasaran.
3.     Cerpen juga seharusnya boleh disiarkan dalam majalah sekolah.
4.     Pelajar-pelajar juga digalakkan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh pihak luar semasa perjumpaan ini dengan menjadikan perjumpaan ini sebagai sesi untuk menulis dan mengasah bakat (contoh : pertandingan cerpen sempena hari guru dsb).
1.     Buku rekod akti-viti kokurikulum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

8
Berpuisi  (sajak, syair)
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Menghasilkan sebuah sajak mereka sendiri.
2.     Menghayati sebuah syair.
3.     Mengenal-pasti bakat mereka da-lam bidang sajak.
1.     Pelajar-pelajar dibimbing oleh guru dalam menghasilkan se-buah sajak.
2.     Pelajar-pelajar diminta mendeklamasikan sajak nukilan mereka di hadapan rakan-rakan di dalam kelas.
3.     Pelajar-pelajar dibimbing oleh guru dalam membaca dan menghayati syair pilihan guru.
4.     Guru-guru dan pelajar-pelajar mendendangkan syair bersa-ma-sama.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikulum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

9
Pantun
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Menghasilkan pantun mereka sendiri.
2.     Membaca pantun mengikut into-nasi yang betul.
3.     ‘Membeli dan menjual’ pantun secara spontan.
4.     Mengenal pasti bakat mereka da-lam bidang pantun.
5.     Membentuk satu pasukan pantun untuk mewakili sekolah.
1.     Pelajar-pelajar dibimbing oleh guru penasihat dalam menghasilkan pantun yang berkualiti.
2.     Melatih pelajar-pelajar supaya dapat berpantun mengikut gaya dan intonasi yang betul bagi mengekalkan kesenian, keindahan dan keasliannya.
3.     Melatih pelajar-pelajar menghasilkan pantun secara spontan.
4.     Melatih membeli dan menjual pantun secara spontan dalam satu pertandingan mini.
5.     Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berbakat dan berkebolehan dalam bidang pantun untuk mewakili sekolah dalam pesta pantun peringkat daerah.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikullum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

10
Forum
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat...
1.     Menjadi ahli panel dalam sesautu majlis forum.
2.     Mengendalikan sesi forum dengan berkesan.
3.     Membentuk satu pasu-kan forum remaja untuk mewakili se-kolah.
1.     Pelajar-pelajar dibimbing mengeluarkan pendapat secara spontan.
2.     Pelajar-pelajar juga dibimbing  mengeluarkan pendapat yang bersesuaian dengan tema / tajuk forum.
3.     Pelajar-pelajar dibimbing untuk  memilih perkataan yang sesuai  dengan intonasi yang betul serta ayat yang sempurna ketika mengeluarkan idea.
4.     Guru berusaha untuk mengenal pasti bakat pelajar-pelajar yang boleh mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja tahun hadapan.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikulum.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Buku nota.
4.     Bahan edaran.

11
Pameran
Pada akhir aktiviti perjumpaan kelab, pelajar-pelajar dapat:
1.     Mempamerkan apa yang mereka hasilkan dalam perjumpaan sebelum ini.
2.     Menguruskan satu pameran dengan berke-san.
1.     Pelajar-pelajar diberi peluang untuk mempamerkan apa yang mereka hasilkan sebelum ini (buku skrap, buletin, monumen, lukisan dbs) dalam satu pameran yang terancang rapi.
2.     Pelajar-pelajar dibimbing bagaimana hendak menguruskan satu pameran.
3.     Pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang aspek-aspek pen-ting pa-meran (sebelum, sema-sa dan selepas) iaitu ;
      -  Perancangan
      -  Mengendalikan pameran
      -  Mengemas kembali bahan pameran
4.     Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang aspek penting pameran seperti meja, papan pamer, susun atur bilik pameran, petugas dan susunan bahan yang dipamerkan.
1.     Buku rekod akti-viti kokurikulum pelajar.
2.     Buku log kokuri-kulum.
3.     Bilik atau sudut pameran yang sesuai.
4.     Meja dan papan pamer secukup-nya.
5.     Bahan/alat yang diperlukan dalam satu sesi pameran.
12
Refleksi dan
Mesyuarat Agung Kelab
Pada akhir aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat:
1.     Memilih  AJK untuk sesi akan datang.
2.     Mengendalikan mesyuarat agung.
3.     Menentukan kadar yuran setiap pela-jar.
1.     Menilai kembali aktiviti kelab sepanjang tahun ini.
2.     Membuat bedah siasat dan mencari jalan bagi menambahbaikkan kelab pada masa yang akan datang.
3.     Membincangkan yuran untuk sesi akan datang.
4.     Membacakan perlembagaan kepada pelajar-pelajar baru.
1.     Dijalankan di da-lam kelas.
2.     Guru membim-bing pelajar-pe-lajar mengelola-kan mesyuarat.

5 comments:

  1. terima kasih cikgu.blog ini amat membantu saya dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, terima kasih Puan Norazlin, bahan yg cikgu beri byk membantu saya membuat perancangan strategik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, terima kasih puan, bahan yg cikgu sediakan byk membantu rakan-akan saya membuat perancangan strategik.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, mohon halal ya ilmu yg saya kongsikan ini, terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Mohon halalkan bahan daripada blog puan, terima kasih banyak

    ReplyDelete